Novel yang telah
saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.
Cerita ini
bermula dengan apabila Lili dihantar bercuti ke Kampung Sentosa di Dungun,
Terengganu. Lili pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspres. Dalam bas
tersebut, Lili duduk bersebelahan dengan seorang gadis berketurunan india yang
bernama Geetha. Di stesen bas, Lili juga berkenalan dengan seorang lelaki
berketurunan cina bernama Danel. Danel telah menyerahkan buku yang tercicir
oleh Lili sewaktu turun dari bas ekspres itu.
Setelah sampai
ke Kampung Sentosa, Lili bertemu dengan neneknya, Hajah Aisyah Tan Abdullah dan
menghulurkan wang kiriman ibunya. Ketika berada di kampung, Lili ingin
mengetahui sebab kebanyakkan rumah kampung tersebut jendelanya menghadap ke
arah jalan. Lili tekun dan sabar menunggu bahawa datuknya akan bercerita
tentang jendela rumah yang menghadap jalan.
Datuk Lili iaitu
Haji Abdul Rahman digambar sebagai seorang pengamal perubatan tradisional iaitu
rajin mencari, mengumpul dan membuat ramuan ubat-ubatan berdasarkan tumbuhan
dan akar-akar kayu yang semula jadi. Letchumi, iaitu ibu Geetha pernah menerima
rawatan daripada datuk Lili dan penyakit Letchumi berjaya disembuhkan.
Di Kampung
Sentosa, berlakunya kekecohan tapak surau tersebut dimajukan sebagai kawasan
perumahan. Abang kandung Danel, Sugi Oogway telah menghantar kawannya dari
sebuah syarikat pembinaan supaya memujuk orang kampung untuk menjual tanah
mereka. Berlakunya kekecohan kerana perselisihan pendapat antara generasi muda
dengan generasi tua berkenaan pembinaan kubah surau.
Cerita ini
bertambah menarik apabila Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq. Mereka membawa
Lili ke sebuah pondok usang di kebun. Danel telah menyelamatkan Lili. Setelah
mengetahui masalah keganasan rumah tanggan yang dialami oleh Rafiq dan Haziq
serta ibu mereka, Che Jah angkara suami Che Jah, iaitu Seman yang panas baran,
kaki judi dan pemabuk, Lili berazam untuk membantu mereka lalu memimta bantuan
seorang pesakit datuknya yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu
Kak Mimah. Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan manakala suaminya
ditangkap kerana mencuri kubah surau.
Datuk Lili akhirnya
menceritakan rahsia jendela menghadap jalan kepadanya. Malahan turut
mengisahkan sejarah hidupnya sebagai perantau sebelum sampai di kampung itu.
Nenek Lili juga menceritakan asal usulnya. Lili gembira dan lebih menghargai
kehidupan masa lalu.
Good upload.
ReplyDeletethank youuuuuu
ReplyDeletethankyou so much ❤️
ReplyDelete