Monday, 22 February 2016

PERIBAHASA SAMA MAKSUD...

1. - Seperti bunga dengan perdunya

    - Seperti tanduk bersendi tulang

    - Seperti cincin dengan permata

    - Bagai pinang dibelah dua
Maksud : Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan.


2. - Seperti sirih pulang ke gagang

    - Seperti belut pulang ke lumpur

    - Seperti ikan pulang ke lubuk

    - Seperti janggut pulang ke dagu

Maksud : Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai

              : Balik ke tempat asal


3. - Sudah jatuh ditimpa tangga

    -  Antah patah lesung hilang

Maksud : Kesusahan datang secara berturut-turut


4. - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

    - Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa

    - Gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannya

Maksud : Orang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi


5. - Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing 

    - Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat

    - Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

    - Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

    - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    - Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

    - Terendam sama basah, terampai sama kering

Maksud : Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu


6. - Burung terbang dipipiskan dada

    - Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Maksud : Angan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.


7. - Belum duduk sudah berlunjur

    - Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri

    - Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

Maksud : Orang muda hendak berlagak seperti orang tua

Thursday, 18 February 2016

SINOPSIS NOVEL TING.4 (JENDELA MENGHADAP JALAN)

   Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin.                                                                                                    
   Cerita ini bermula dengan apabila Lili dihantar bercuti ke Kampung Sentosa di Dungun, Terengganu. Lili pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspres. Dalam bas tersebut, Lili duduk bersebelahan dengan seorang gadis berketurunan india yang bernama Geetha. Di stesen bas, Lili juga berkenalan dengan seorang lelaki berketurunan cina bernama Danel. Danel telah menyerahkan buku yang tercicir oleh Lili sewaktu turun dari bas ekspres itu.

   Setelah sampai ke Kampung Sentosa, Lili bertemu dengan neneknya, Hajah Aisyah Tan Abdullah dan menghulurkan wang kiriman ibunya. Ketika berada di kampung, Lili ingin mengetahui sebab kebanyakkan rumah kampung tersebut jendelanya menghadap ke arah jalan. Lili tekun dan sabar menunggu bahawa datuknya akan bercerita tentang jendela rumah yang menghadap jalan.

   Datuk Lili iaitu Haji Abdul Rahman digambar sebagai seorang pengamal perubatan tradisional iaitu rajin mencari, mengumpul dan membuat ramuan ubat-ubatan berdasarkan tumbuhan dan akar-akar kayu yang semula jadi. Letchumi, iaitu ibu Geetha pernah menerima rawatan daripada datuk Lili dan penyakit Letchumi berjaya disembuhkan.  
  
    Di Kampung Sentosa, berlakunya kekecohan tapak surau tersebut dimajukan sebagai kawasan perumahan. Abang kandung Danel, Sugi Oogway telah menghantar kawannya dari sebuah syarikat pembinaan supaya memujuk orang kampung untuk menjual tanah mereka. Berlakunya kekecohan kerana perselisihan pendapat antara generasi muda dengan generasi tua berkenaan pembinaan kubah surau.

   Cerita ini bertambah menarik apabila Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq. Mereka membawa Lili ke sebuah pondok usang di kebun. Danel telah menyelamatkan Lili. Setelah mengetahui masalah keganasan rumah tanggan yang dialami oleh Rafiq dan Haziq serta ibu mereka, Che Jah angkara suami Che Jah, iaitu Seman yang panas baran, kaki judi dan pemabuk, Lili berazam untuk membantu mereka lalu memimta bantuan seorang pesakit datuknya yang bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu Kak Mimah. Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan manakala suaminya ditangkap kerana mencuri kubah surau.  


   Datuk Lili akhirnya menceritakan rahsia jendela menghadap jalan kepadanya. Malahan turut mengisahkan sejarah hidupnya sebagai perantau sebelum sampai di kampung itu. Nenek Lili juga menceritakan asal usulnya. Lili gembira dan lebih menghargai kehidupan masa lalu.